LAPORAN AKTIVITI 2010
PUSAT SUMBER
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TAMPARULI
SABAH
ULASAN KESELURUHAN PUSAT SUMBER 2010
TARIKH :
2010
TEMPAT :
SEK KEB PEKAN TAMPARULI
ANJURAN:
PUSAT SUMBER
SK PEKAN TAMPARULI
Sepanjang tahun 2010, Pusat Sumber sekolah telah berjaya melaksanakan pelbagai aktiviti yang telah dirancang. Pelaksanaan aktiviti seperti yang terdapat dalam takwim tahunan, walau bagaimanapun tarikh dan masa pelaksanaan adalah mengikut perubahan semasa.
Antara aktiviti yang berjaya dilaksanakan adalah:
• Lawatan ke UMS dan Lok Kawi Wildlife Park
• Sambutan Bulan merdeka
• Kursus kepimpinan pengawas
• Kem Membaca 1 Malaysia
• Peminjaman buku
• Aktiviti NILAM
• Keceriaan Pusat Sumber Sekolah
• Membaikpulih buku-buku yang rosak
• Akitivit bersama panitia
• Pemasangan Kampus astro
Pencapaian terbaik pada tahun ini adalah seorang pelajar telah dipilih sebagai Tokoh NILAM peringkat zon Kota Kinabalu dan seterusnya telah mendapat tempat ketiga dalam pemilihan Tokoh NILAM peringkat negeri.
Antara masalah yang dihadapi sepanjang tahun 2010 adalah:
• Masih terdapat ramai pelajar yang belum menyedari pentingnya mengamalkan tabiat membaca dan datang ke pusat sumber hanya untuk bermain jika tidak dikawal oleh guru.
• Banyak terdapat buku yang rosak apabila pelajar dibenarkan ke pusat sumber tanpa kawalan guru.
• Terdapat guru yang membawa keluar buku tanpa menulis di dalam buku kebenaran/peminjaman buku. Adalah didapati, terdapat ada buku pusat sumber yang terbiar di bilik guru.
• Aktiviti NILAM masih belum pada tahap yang memuaskan. Masih terdapat guru yang tidak menjalankan aktiviti ini yang menyebabkan kesukaran berlaku semasa mengutip data NILAM.
Membangunkan sebuah masyarakat yang maju dan berdisiplin bukanlah satu perkara mudah tanpa kerjasama dari semua pihak. Oleh itu, adalah diharapkan agar semua pihak mengambil peranan dalam penggunaan pusat sumber demi kebaikan bersama. Semoga tahun akan datang, pusat sumber SK Pekan Tamparuli akan mencapai kegemilangan atas usaha dan kerjasama semua pihak.
LAPORAN AKTIVITI
NAMA PROGRAM:
KURSUS KEPIMPINAN 2010
TARIKH :
14 APRIL 2010
TEMPAT :
SEK KEBANGSAAN PEKAN TAMPARULI
ANJURAN BERSAMA:
PUSAT SUMBER, BADAN DISIPLIN DAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SK PEKAN TAMPARULI
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Kursus kepimpinan amat penting diadakan untuk membuka minda pelajar terhadap keupayaan, kebolehan dan pencapaian mereka sebagai pemimpin. Kursus ini dianggotai oleh semua pengawas pusat sumber sekolah, ahli Pembimbing Rakan sebaya dan pengawas sekolah.
1.2 Kursus yang berlangsung selama sehari ini, sedikit sebanyak telah memberi pendedahan kepada pelajar untuk mengetahui secara mendalam lagi tugas mereka sebagai pengawas mengikut bidang masing-masing.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Murid berkeupayaan mengenali dan memperkembangkan bakat kepimpinan dalam diri mereka.
2.2 Murid berkebolehan mengenal persepsi dan nilai diri serta individu lain dalam komuniti.
2.3 Murid dapat pengetahuan dan kemahiran tentang pendekatan teknik kepimpinan yang berkesan.
2.4 Murid mengenali kekuatan dan kelemahan diri dari segi mental dan fizikal agar dapat menyesuaikannya di sekolah.
3.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS
Penasihat : En.Rejoss Bin Moo Tin Siong
En.Raylesius Goone
Pengerusi : Pn.Raineh Sawan
Timbalan : Pn.Noor Azwa Abdullah
Penyelaras: En.Erwan Amran
Pn.Jaidah Hj.Saidun
En.Edmund Painol
S/Usaha : En.Silverius Mickey
Bendahari : Pn.Noor Azwa Abdullah
AJK : En.Jaffri Damsin
Ustaz Zaki
En.Jacklye
En.Nurul Hidayat
Ustazah Rominah
Pn.Amisah kinsui
4.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk lampiran yang disertakan
5.0 PENYERTAAN
Pengawas Pusat Sumber
Pembimbing Rakan Sebaya
Pengawas Sekolah
6.0 PERBELANJAAN KEWANGAN
Rujuk lampiran yang disertakan.
7.0 PENUTUP
Kursus Kepimpinan ini telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Guru penyelaras setiap unit masing-masing mengambil bahagian dan mengurus aktiviti mengikut unit masing-masing. Kerjasama dari semua yang terlibat amat memuaskan.
LAPORAN AKTIVITI
NAMA PROGRAM:
NILAM 2010
TARIKH :
2010
TEMPAT :
SEK KEB PEKAN TAMPARULI
ANJURAN:
PUSAT SUMBER
SK PEKAN TAMPARULI
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Aktiviti NILAM adalah salah satu aktiviti yang disarankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang mesti diadakan di semua sekolah di Malaysia. Semua pelajar adalah diwajibkan untuk menyertai aktiviti ini.
1.2 Walaupun masih terdapat kekangan untuk menjalankan aktiviti NILAM di sekolah, namun aktiviti ini dapat juga dijalankan sepanjang tahun ini.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Tujuan utama aktiviti NILAM adalah untuk menjadikan pelajar seorang yang minat membaca dan menjadikannya sebagai pembelajaran sepanjang hayat.
3.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS
Penasihat : En.Rejoss Moo Tin Siong
Pengerusi : En.Raylesius Goone
Setiausaha : Pn.Jaidah Saidun
Guru Nilam : Pn.Salasiah Amin
AJK : Semua guru subjek BM
4.0 PENYERTAAN
Semua pelajar kelas perdana SK Pekan Tamparuli
5.0 MASALAH
5.1 Masih terdapat guru yang tidak menjalankan aktiviti NILAM seperti yang telah dijadualkan. Ini menyebabkan timbul kesukaran ketika mengutip data NILAM.
5.2 Ada kalangan pelajar yang masih belum faham cara mengisi borang ulasan buku.
5.3 Sikap pelajar yang tidak ambil berat terhadap keselamatan buku menyebabkan bahan bacaan berkurangan sebab buku banyak yang rosak.
6.0 PENCAPAIAN
Walaupun kerjasama dari guru dan pelajar masih belum memuaskan, sekolah telah berjaya melahirkan seorang lagi pelajar yang menerima anugerah Tokoh NILAM peringkat Kota Konabalu dan seterusnya mendapat tempat ketiga dalam pemilihan Tokoh NILAM peringkat negeri bagi kategori luar bandar.
6.0 PENUTUP
Aktiviti NILAM amat penting untuk diambil perhatian oleh semua guru. Melalui penglibatan dalam NILAM, sekolah akan melahirkan pelajar yang cemerlang. Diharap aktiviti ini akan berterusan dan semua pihak memberikan kerjasama demi kebaikan bersama.
LAPORAN AKTIVITI
NAMA PROGRAM:
BULAN MERDEKA 2010
TARIKH :
09.8.2010 – 03.09.2010
TEMPAT :
SEK KEBANGSAAN PEKAN TAMPARULI
ANJURAN :
PUSAT SUMBER SK PEKAN TAMPARULI
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Aktiviti Bulan Merdeka diadakan adalah bertujuan untuk merealisasikan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia dalam melahirkan pelajar yang berjiwa merdeka dan mencintai negara sendiri. Disamping itu, ia juga dapat menimbulkan suasana yang proaktif dan berdaya saing yang positif dikalangan guru dalam melibatkan diri di dalam sesuatu program yang diadakan di sekolah.
1.2 Aktiviti ini dapat memberikan kesedaran kepada pelajar tentang pentingnya mengingati hari merdeka dan memberi pendedahan serta peluang kepada mereka untuk menunjukkan bakat dalam aktiviti yang dirancang. Di samping itu, ia juga dapat menyemai semangat daya saing agar mereka lebih berkeyakinan.
1.3 Bagi menjayakan aktiviti ini, berbagai aktiviti telah dirancang oleh pihak penganjur. Secara keseluruhannya, aktiviti ini telah berjaya diadakan dan semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan sempurna.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Objektif program ini adalah supaya pelajar dapat menyemai kesedaran dalam diri mereka betapa pentingnya mengingati bagaimana negara kita mencapai kemerdekaan dan betapa pentingnya menghargai sejarah kemerdekaan.
3.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS
Penasihat : En.Rejoss bin Moo Tin Siong (Guru Besar)
Pengerusi : En. Raylesius Goone (Pen. Kanan Kurikulum)
Penyelaras : Pn. Jaidah Hj. Saidun (Penyelaras Pusat Sumber)
Setiausaha :CikRominah Alik
AJK : Pn. Narasari paulus
Pn. Salasiah Amin
Pn.Ayunilawati Ranchong
En. Erwan Amran
En. Wan Suhaidi Wan Chik
Panatia Pendidikan Muzik
Panatian Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Panatia Pendidikan Seni
Guru-guru SK Pekan Tamparuli
4.0 TENTATIF PROGRAM
4.1 09.08.2010 – 13.08.2010
• Kuiz spontan
• Deklamasi sajak
• Nyanyian lagu-lagu patriotic
4.2 16.08.2010 – 20.08.2010
• Kuiz spontan
• Nyanyian lagu-lagu patriotic
• Rekacipta kreatif
4.3 23.08.2010 – 27.08.2010
• Kuiz spontan
• Nyanyian lagu-lagu patriotic
• Koir antara kelas
4.4 30.08.2010 – 03.09.2010
• Kuiz spontan
• Nyanyian lagu-lagu patriotic
• Koir antara kelas
• Majlis penutupan
Semua aktiviti hanya dijalankan pada waktu rehat sahaja iaitu sidang pagi jam 10.00-10.30am, sidang petang 3.00 – 3.30pm. Semasa majlis perasmian penutupan, semua guru dan pelajar hadir pada waktu pagi sahaja.
5.0 PENYERTAAN
5.1 Guru-guru, kakitangan bukan mengajar dan pelajar SK Pekan Tamparuli.
5.2 Semua pihak telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang program ini berjalan sehinggalah hari majlis perasmian penutupan.
6.0 PERBELANJAAN KEWANGAN
-Rujuk lampiran senarai nama pemenang dan penerima hadiah-
7.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya, program Bulan Merdeka ini telah berjaya dijalankan dengan sempurna. Kerjasama dari semua pihak amat memuaskan. Semua pelajar merasa seronok menjalankan aktiviti yang diadakan. Objektif program juga tercapai. Walaupun majlis perasmian dan penutupan hanya diadakan di sekolah tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, namun majlis berjalan dengan lancar. Masalah yang timbul hanyalah persediaan tempat untuk pelajar berkumpul disebabkan ketiadaan khemah atau pondok. Diharap program ini akan dapat diadakan lagi pada tahun-tahun akan datang dengan susunan program yang lebih terancang dan aktiviti yang dapat memuaskan hati semua pihak agar mereka dapat memberikan kerjasama yang jitu.
LAPORAN AKTIVITI
NAMA PROGRAM:
KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2010
TARIKH :
08 – 12 NOVEMBER 2010
TEMPAT :
SEK KEB PEKAN TAMPARULI
ANJURAN:
PUSAT SUMBER
SK PEKAN TAMPARULI
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Program Gerakan Tabiat Membaca merupakan salah satu aktiviti utama Kementerian Pelajaran Malaysia yang diurus setiakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP). Program ini bertujuan untuk membina tabiat membaca di kalangan pelajar sekolah dan pembelajaran sepanjang hayat.
1.2 Program ini telah berjaya diadakan dan segala aktiviti berkaitan dengan membaca telah dijalankan seperti yang dirancang.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang pentingnya mengamalkan tabiat suka membaca.
3.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS
Penasihat : En.Rejoss bin Moo Tin Siong (Guru Besar)
Pengerusi : En. Raylesius Goone (Pen. Kanan Kurikulum)
Penyelaras : Pn. Jaidah Hj. Saidun (Penyelaras Pusat Sumber)
Setiausaha : CikRominah Alik
AJK : Pn. Narasari paulus
Pn. Salasiah Amin
Pn.Ayunilawati Ranchong
En. Erwan Amran
En. Wan Suhaidi Wan Chik
Guru-guru SK Pekan Tamparuli
4.0 PENYERTAAN
Semua guru dan pelajar SK Pekan Tamparuli termasuk Pendidikan Khas dan Prasekolah.
6.0 PERBELANJAAN KEWANGAN
Rujuk lampiran senarai nama pemenang dan penerima hadiah.
7.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya, aktiviti Kem Membaca 1 Malaysia telah berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang walaupun pihak penganjur menghadapi masalah kurang kerjasama pada peringkat awalnya dari guru-guru. Ini disebabkan guru-guru sibuk menyiapkan markah peperiksaan akhir ahun pelajar, soalan excel dan protim. Diharapkan pada masa akan datang tarikh pelaksanaan adalah lebih bersesuaian. Walau bagaimanapun, aktiviti masih lagi berjalan dengan lancar seperti yuang dirancang.
LAPORAN AKTIVITI
NAMA PROGRAM:
LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2010
TARIKH :
03 NOVEMBER 2010
TEMPAT :
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
DAN
LOK KAWI WILDLIFE PARK
ANJURAN:
PUSAT SUMBER
SK PEKAN TAMPARULI
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Program lawatan ini diada agar pelajar akan terdedah dengan pembelajaran luar bilik darjah. Ini bersesuaian dengan matlamat kerajaan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani dan emosi.
1.2 Program ini secara amnya, telah dapat membantu pelajar lebih terdedah kepada pengetahuan alam sekitar mereka dan dapat diaplikasikan dalam pembelajaran dalam bilik darjah.
1.3 Secara keseluruhannya, aktiviti ini telah berjalan dengan baik dan telah memberi kesan positif terhadap pelajar yang telah menyertainya.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Objektik program ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar berintergrasi dengan dunia luar, disamping dapat mendedahkan kepada mereka aktiviti pembelajaran luar bilik darjah serta memupuk nilai kendiri yang positif.
3.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS
Penasihat : En. Rejoss Bin Moo Tin Siong
Pengerusi : Pn. Jaidah Saidun @ Saidon
Tim. Pengerusi : Pn Narasari Paulus
Setiausaha : Cik Rominah Alik
Bendahari : Pn. Nurul Aqma Azman @ Yatau
AJK Makanan : Pn. Salasiah Amin
Pn. Ayunilawati
AJK Pengangkutan : En. Erwan Amran
AJK Disiplin : Pn. Hjh Noor Azwa Abdullah
AJK Keselamatan/
Kebersihan : Pn. Salehatun saleh
AJK Dokumentasi : En. Wan Suhaidi Wan Chik
Kontigensi : Pn. Narasari paulus Rinsa
4.0 TENTATIF PROGRAM
Tarikh : 03 November 2010 (Rabu)
Tempat : Lok Kawi Wildlife Park dan Universiti Malaysia Sabah
Masa : 7.30 pagi – 4.00 petang
Aturcara Program:
7.00 pagi Guru dan murid berkumpul di bangunan Pusat Sumber, SK. Pekan
Tamparuli
7.15 pagi Taklimat oleh ketua rombongan (Pn. Jaidah Saidun)
7.30 pagi Bertolak ke Lok Kawi Wildlife Park
9.00 pagi Tiba di Lok Kawi Wildlife Park
Aktiviti:
- melawat sekitar zoo
- mencatat nama haiwan
- sesi bergambar
11.00 pagi Makan tengahari
12.00 tgh Bertolak ke Universiti Malaysia Sabah
01.0 tgh Tiba di Universiti Malaysia Sabah
Aktiviti:
- melawat Muzium UMS
- mencatat nama benda-benda penting yang terdapat dalam
Muzium
- sesi bergambar
03.00 ptg Guru dan murid tiba di SK. Pekan Tamparuli
04.00 ptg guru dan murid tiba di SK Pekan Tamparuli
5.0 PENYERTAAN
5.1 Disertai oleh 41 orang murid, 10 orang guru dan 2 orang AKS (senarai nama rujuk lampiran)
6.0 PERBELANJAAN KEWANGAN
6.1 Makan/ minum (sarapan dan makan tengahari) 41 orang
RM 5.00 x 41 = RM205.00
6.2 Pengangkutan
Sewa bas besar RM500.00 x 1 = RM500.00
Jumlah keseluruhan = RM705.00
7.0 PENUTUP
Program ini telah berjaya dijalankan seperti yang dirancang. Diharapkan aktiviti ini akan dapat lagi diadakan pada tahun akan datang.
No comments:
Post a Comment