flash msg

Sunday, July 3, 2011

1Murid 1Sukan 1Malaysia

1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA

Hampir keseluruhan pelajar SKPT hadir menyertai larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia, yang diadakan pada 2 Julai 2011.Larian yang diadakan serentak di seluruh Malaysia ini, antara lain adalah bertujuan untuk memupuk budaya sukan di kalangan pelajar serta mempertingkatkan kesedaran masyarakat terhadap penyertaan murid dalam aktiviti sukan. Tahniah kepada seluruh warga guru, para ibu bapa dan para pelajar yang telah memberikan kerjasama sepanjang aktiviti dijalankan...










Friday, April 22, 2011

Kursus Motivasi Kepimpinan Pengawas 2011

Kursus telah diadakan pada 10-11.03.2011, bertempat di SK Pekan Tamparuli. Seramai 70 orang pelajar telah terlibat yang terdiri daripada Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya dan Pengawas Sekolah. Kursus ini adalah anjuran bersama Unit Hal Ehwal Murid, Pusat Sumber, Unit Kaunseling dan Unit Disiplin sekolah. Adalah diharapkan, kursus selama 2 hari ini akan menjadi pendorong kepada para pengawas yang terlibat untuk menjalankan tugas dengan lebih rasa tanggungjawab dalam tugas mereka.


-Guru-guru fasilitator bersama Guru Besar-

-Aktiviti Senam Seni-

-Aktiviti Senam Seni-

-Aktiviti LDK-

-Aktiviti LDK-

-Aktiviti LDK-

-Aktiviti LDK-

-Aktiviti LDK-

-Aktiviti LDK-

Sunday, January 23, 2011

AJK INDUK

PENASIHAT : En.Rejoss Bin Moo Tin Siong (Guru Besar)
PENGERUSI : En.Raylecius Goone (PK 1)
TIMB PENGERUSI 1 : Pn.Raineh Sawan (PK HEM)
TIMB PENGERUSI 2 : Pn.Elizabeth Chia (PK KOKUM)
TIMB PENGERUSI 3 : Pn.Milya Libur (Penyelia Petang)
SETIAUSAHA : Pn.Jaidah Hj.Saidun (GPM)
BENDAHARI : Pn.Nurul Aqma Azman
UNIT BIMBINGAN : Pn.Hajjah Noor Azwa Abdullah (Guru Bimbingan)
PANITIA M/P : Semua Ketua panitia Matapelajaran


AJK KERJA

PENASIHAT : En.Rejoss Bin Moo Tin Siong (Guru Besar)
PENGERUSI : En.Raylecius Goone (PK 1)
TIMB PENGERUSI 1 : Pn.Raineh Sawan (PK HEM)
TIMB PENGERUSI 2 : Pn.Elizabeth Chia (PK KOKUM)
TIMB PENGERUSI 3 : Pn.Milya Libur (Penyelia Petang)
SETIAUSAHA : Pn.Jaidah Hj.Saidun (GPM)
GURU PSS PAGI : Cik Rominah Alik
GURU PSS PETANG : Pn.Ayunilawati Ranchong
PERKEMBANGAN STAF : En.Erwan Amran
KOMPUTER : En.Wan Suhaidi Wan Chik
PENGAWAS : Semua Pengawas PSS

AJK PENGAWAS

PENASIHAT : Pn.Jaidah Hj.Saidun (GPM)
PENGERUSI : Janet Anne (Tahun 6)
TIMB PENGERUSI : Ryan Isaac (Tahun 5)
SETIAUSAHA : Eva Melinda (Tahun 6)
TIMB SETIAUSAHA : Nur Azwanie (Tahun 5)
AJK HARIAN : Kylie Nevia Moo (Tahun 6)
AJK KATALOG : Nur Fatihah (Tahun 5)
AJK PROMOSI : Muhd Amirul Hakim (Tahun 5)
AJK INVENTORI : Ester Florina (Tahun 6)
AJK KECERIAAN : Annisah Jamirin (Tahun 5)
AJK TAMAN : Mohd Affif
AJK DISIPLIN : Mohd Farris
AJK ALAT PERMAINAN : Nur Fatihah

AJK NILAM

PENASIHAT : En.Rejoss Bin Moo Tin Siong (Guru Besar)
PENGERUSI : En.Raylecius Goone (PK 1)
TIMB PENGERUSI 1 : Pn.Raineh Sawan (PK HEM)
TIMB PENGERUSI 2 : Pn.Elizabeth Chia (PK KOKUM)
TIMB PENGERUSI 3 : Pn.Milya Libur (Penyelia Petang)
PENYELARAS PROGRAM : Pn.Jaidah Hj.Saidun (GPM)
SETIAUSAHA : Pn.Narasari Paulus Rinsa
GURU PSS PAGI : Cik Rominah Alik
GURU PSS PETANG : Pn.Ayunilawati Ranchong
KETUA PANITIA : Pn.Felicia Juakim
GURU RAKAN PEMBACA : Pn.Salehatun Salleh
GURU DATA NILAM PAGI : Pn.Azalina Sani
GURU DATA NILAM PTG : Pn.Anjilin Ribu
GURU KELAS : Semua Guru Kelas

Laporan Aktiviti 2010

LAPORAN AKTIVITI 2010

PUSAT SUMBER
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TAMPARULI
SABAH

ULASAN KESELURUHAN PUSAT SUMBER 2010

TARIKH :
2010

TEMPAT :
SEK KEB PEKAN TAMPARULI

ANJURAN:
PUSAT SUMBER
SK PEKAN TAMPARULI

Sepanjang tahun 2010, Pusat Sumber sekolah telah berjaya melaksanakan pelbagai aktiviti yang telah dirancang. Pelaksanaan aktiviti seperti yang terdapat dalam takwim tahunan, walau bagaimanapun tarikh dan masa pelaksanaan adalah mengikut perubahan semasa.

Antara aktiviti yang berjaya dilaksanakan adalah:
• Lawatan ke UMS dan Lok Kawi Wildlife Park
• Sambutan Bulan merdeka
• Kursus kepimpinan pengawas
• Kem Membaca 1 Malaysia
• Peminjaman buku
• Aktiviti NILAM
• Keceriaan Pusat Sumber Sekolah
• Membaikpulih buku-buku yang rosak
• Akitivit bersama panitia
• Pemasangan Kampus astro


Pencapaian terbaik pada tahun ini adalah seorang pelajar telah dipilih sebagai Tokoh NILAM peringkat zon Kota Kinabalu dan seterusnya telah mendapat tempat ketiga dalam pemilihan Tokoh NILAM peringkat negeri.

Antara masalah yang dihadapi sepanjang tahun 2010 adalah:
• Masih terdapat ramai pelajar yang belum menyedari pentingnya mengamalkan tabiat membaca dan datang ke pusat sumber hanya untuk bermain jika tidak dikawal oleh guru.
• Banyak terdapat buku yang rosak apabila pelajar dibenarkan ke pusat sumber tanpa kawalan guru.
• Terdapat guru yang membawa keluar buku tanpa menulis di dalam buku kebenaran/peminjaman buku. Adalah didapati, terdapat ada buku pusat sumber yang terbiar di bilik guru.
• Aktiviti NILAM masih belum pada tahap yang memuaskan. Masih terdapat guru yang tidak menjalankan aktiviti ini yang menyebabkan kesukaran berlaku semasa mengutip data NILAM.

Membangunkan sebuah masyarakat yang maju dan berdisiplin bukanlah satu perkara mudah tanpa kerjasama dari semua pihak. Oleh itu, adalah diharapkan agar semua pihak mengambil peranan dalam penggunaan pusat sumber demi kebaikan bersama. Semoga tahun akan datang, pusat sumber SK Pekan Tamparuli akan mencapai kegemilangan atas usaha dan kerjasama semua pihak.


LAPORAN AKTIVITI

NAMA PROGRAM:
KURSUS KEPIMPINAN 2010

TARIKH :
14 APRIL 2010

TEMPAT :
SEK KEBANGSAAN PEKAN TAMPARULI

ANJURAN BERSAMA:
PUSAT SUMBER, BADAN DISIPLIN DAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SK PEKAN TAMPARULI

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Kursus kepimpinan amat penting diadakan untuk membuka minda pelajar terhadap keupayaan, kebolehan dan pencapaian mereka sebagai pemimpin. Kursus ini dianggotai oleh semua pengawas pusat sumber sekolah, ahli Pembimbing Rakan sebaya dan pengawas sekolah.
1.2 Kursus yang berlangsung selama sehari ini, sedikit sebanyak telah memberi pendedahan kepada pelajar untuk mengetahui secara mendalam lagi tugas mereka sebagai pengawas mengikut bidang masing-masing.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Murid berkeupayaan mengenali dan memperkembangkan bakat kepimpinan dalam diri mereka.
2.2 Murid berkebolehan mengenal persepsi dan nilai diri serta individu lain dalam komuniti.
2.3 Murid dapat pengetahuan dan kemahiran tentang pendekatan teknik kepimpinan yang berkesan.
2.4 Murid mengenali kekuatan dan kelemahan diri dari segi mental dan fizikal agar dapat menyesuaikannya di sekolah.

3.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS
Penasihat : En.Rejoss Bin Moo Tin Siong
En.Raylesius Goone
Pengerusi : Pn.Raineh Sawan
Timbalan : Pn.Noor Azwa Abdullah
Penyelaras: En.Erwan Amran
Pn.Jaidah Hj.Saidun
En.Edmund Painol
S/Usaha : En.Silverius Mickey
Bendahari : Pn.Noor Azwa Abdullah
AJK : En.Jaffri Damsin
Ustaz Zaki
En.Jacklye
En.Nurul Hidayat
Ustazah Rominah
Pn.Amisah kinsui

4.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk lampiran yang disertakan

5.0 PENYERTAAN
Pengawas Pusat Sumber
Pembimbing Rakan Sebaya
Pengawas Sekolah

6.0 PERBELANJAAN KEWANGAN
Rujuk lampiran yang disertakan.

7.0 PENUTUP
Kursus Kepimpinan ini telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Guru penyelaras setiap unit masing-masing mengambil bahagian dan mengurus aktiviti mengikut unit masing-masing. Kerjasama dari semua yang terlibat amat memuaskan.


LAPORAN AKTIVITI

NAMA PROGRAM:
NILAM 2010

TARIKH :
2010

TEMPAT :
SEK KEB PEKAN TAMPARULI

ANJURAN:
PUSAT SUMBER
SK PEKAN TAMPARULI

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Aktiviti NILAM adalah salah satu aktiviti yang disarankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang mesti diadakan di semua sekolah di Malaysia. Semua pelajar adalah diwajibkan untuk menyertai aktiviti ini.
1.2 Walaupun masih terdapat kekangan untuk menjalankan aktiviti NILAM di sekolah, namun aktiviti ini dapat juga dijalankan sepanjang tahun ini.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Tujuan utama aktiviti NILAM adalah untuk menjadikan pelajar seorang yang minat membaca dan menjadikannya sebagai pembelajaran sepanjang hayat.

3.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS
Penasihat : En.Rejoss Moo Tin Siong
Pengerusi : En.Raylesius Goone
Setiausaha : Pn.Jaidah Saidun
Guru Nilam : Pn.Salasiah Amin
AJK : Semua guru subjek BM

4.0 PENYERTAAN
Semua pelajar kelas perdana SK Pekan Tamparuli

5.0 MASALAH
5.1 Masih terdapat guru yang tidak menjalankan aktiviti NILAM seperti yang telah dijadualkan. Ini menyebabkan timbul kesukaran ketika mengutip data NILAM.
5.2 Ada kalangan pelajar yang masih belum faham cara mengisi borang ulasan buku.
5.3 Sikap pelajar yang tidak ambil berat terhadap keselamatan buku menyebabkan bahan bacaan berkurangan sebab buku banyak yang rosak.

6.0 PENCAPAIAN
Walaupun kerjasama dari guru dan pelajar masih belum memuaskan, sekolah telah berjaya melahirkan seorang lagi pelajar yang menerima anugerah Tokoh NILAM peringkat Kota Konabalu dan seterusnya mendapat tempat ketiga dalam pemilihan Tokoh NILAM peringkat negeri bagi kategori luar bandar.

6.0 PENUTUP
Aktiviti NILAM amat penting untuk diambil perhatian oleh semua guru. Melalui penglibatan dalam NILAM, sekolah akan melahirkan pelajar yang cemerlang. Diharap aktiviti ini akan berterusan dan semua pihak memberikan kerjasama demi kebaikan bersama.


LAPORAN AKTIVITI

NAMA PROGRAM:
BULAN MERDEKA 2010

TARIKH :
09.8.2010 – 03.09.2010

TEMPAT :
SEK KEBANGSAAN PEKAN TAMPARULI

ANJURAN :
PUSAT SUMBER SK PEKAN TAMPARULI

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Aktiviti Bulan Merdeka diadakan adalah bertujuan untuk merealisasikan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia dalam melahirkan pelajar yang berjiwa merdeka dan mencintai negara sendiri. Disamping itu, ia juga dapat menimbulkan suasana yang proaktif dan berdaya saing yang positif dikalangan guru dalam melibatkan diri di dalam sesuatu program yang diadakan di sekolah.
1.2 Aktiviti ini dapat memberikan kesedaran kepada pelajar tentang pentingnya mengingati hari merdeka dan memberi pendedahan serta peluang kepada mereka untuk menunjukkan bakat dalam aktiviti yang dirancang. Di samping itu, ia juga dapat menyemai semangat daya saing agar mereka lebih berkeyakinan.
1.3 Bagi menjayakan aktiviti ini, berbagai aktiviti telah dirancang oleh pihak penganjur. Secara keseluruhannya, aktiviti ini telah berjaya diadakan dan semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan sempurna.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Objektif program ini adalah supaya pelajar dapat menyemai kesedaran dalam diri mereka betapa pentingnya mengingati bagaimana negara kita mencapai kemerdekaan dan betapa pentingnya menghargai sejarah kemerdekaan.

3.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS
Penasihat : En.Rejoss bin Moo Tin Siong (Guru Besar)
Pengerusi : En. Raylesius Goone (Pen. Kanan Kurikulum)
Penyelaras : Pn. Jaidah Hj. Saidun (Penyelaras Pusat Sumber)
Setiausaha :CikRominah Alik
AJK : Pn. Narasari paulus
Pn. Salasiah Amin
Pn.Ayunilawati Ranchong
En. Erwan Amran
En. Wan Suhaidi Wan Chik
Panatia Pendidikan Muzik
Panatian Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Panatia Pendidikan Seni
Guru-guru SK Pekan Tamparuli

4.0 TENTATIF PROGRAM
4.1 09.08.2010 – 13.08.2010
• Kuiz spontan
• Deklamasi sajak
• Nyanyian lagu-lagu patriotic
4.2 16.08.2010 – 20.08.2010
• Kuiz spontan
• Nyanyian lagu-lagu patriotic
• Rekacipta kreatif
4.3 23.08.2010 – 27.08.2010
• Kuiz spontan
• Nyanyian lagu-lagu patriotic
• Koir antara kelas
4.4 30.08.2010 – 03.09.2010
• Kuiz spontan
• Nyanyian lagu-lagu patriotic
• Koir antara kelas
• Majlis penutupan
 Semua aktiviti hanya dijalankan pada waktu rehat sahaja iaitu sidang pagi jam 10.00-10.30am, sidang petang 3.00 – 3.30pm. Semasa majlis perasmian penutupan, semua guru dan pelajar hadir pada waktu pagi sahaja.

5.0 PENYERTAAN
5.1 Guru-guru, kakitangan bukan mengajar dan pelajar SK Pekan Tamparuli.
5.2 Semua pihak telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang program ini berjalan sehinggalah hari majlis perasmian penutupan.

6.0 PERBELANJAAN KEWANGAN
-Rujuk lampiran senarai nama pemenang dan penerima hadiah-

7.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya, program Bulan Merdeka ini telah berjaya dijalankan dengan sempurna. Kerjasama dari semua pihak amat memuaskan. Semua pelajar merasa seronok menjalankan aktiviti yang diadakan. Objektif program juga tercapai. Walaupun majlis perasmian dan penutupan hanya diadakan di sekolah tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, namun majlis berjalan dengan lancar. Masalah yang timbul hanyalah persediaan tempat untuk pelajar berkumpul disebabkan ketiadaan khemah atau pondok. Diharap program ini akan dapat diadakan lagi pada tahun-tahun akan datang dengan susunan program yang lebih terancang dan aktiviti yang dapat memuaskan hati semua pihak agar mereka dapat memberikan kerjasama yang jitu.


LAPORAN AKTIVITI

NAMA PROGRAM:
KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2010

TARIKH :
08 – 12 NOVEMBER 2010

TEMPAT :
SEK KEB PEKAN TAMPARULI

ANJURAN:
PUSAT SUMBER
SK PEKAN TAMPARULI

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Program Gerakan Tabiat Membaca merupakan salah satu aktiviti utama Kementerian Pelajaran Malaysia yang diurus setiakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP). Program ini bertujuan untuk membina tabiat membaca di kalangan pelajar sekolah dan pembelajaran sepanjang hayat.
1.2 Program ini telah berjaya diadakan dan segala aktiviti berkaitan dengan membaca telah dijalankan seperti yang dirancang.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang pentingnya mengamalkan tabiat suka membaca.

3.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS
Penasihat : En.Rejoss bin Moo Tin Siong (Guru Besar)
Pengerusi : En. Raylesius Goone (Pen. Kanan Kurikulum)
Penyelaras : Pn. Jaidah Hj. Saidun (Penyelaras Pusat Sumber)
Setiausaha : CikRominah Alik
AJK : Pn. Narasari paulus
Pn. Salasiah Amin
Pn.Ayunilawati Ranchong
En. Erwan Amran
En. Wan Suhaidi Wan Chik
Guru-guru SK Pekan Tamparuli
4.0 PENYERTAAN
Semua guru dan pelajar SK Pekan Tamparuli termasuk Pendidikan Khas dan Prasekolah.

6.0 PERBELANJAAN KEWANGAN
Rujuk lampiran senarai nama pemenang dan penerima hadiah.

7.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya, aktiviti Kem Membaca 1 Malaysia telah berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang walaupun pihak penganjur menghadapi masalah kurang kerjasama pada peringkat awalnya dari guru-guru. Ini disebabkan guru-guru sibuk menyiapkan markah peperiksaan akhir ahun pelajar, soalan excel dan protim. Diharapkan pada masa akan datang tarikh pelaksanaan adalah lebih bersesuaian. Walau bagaimanapun, aktiviti masih lagi berjalan dengan lancar seperti yuang dirancang.


LAPORAN AKTIVITI

NAMA PROGRAM:
LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2010

TARIKH :
03 NOVEMBER 2010

TEMPAT :
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
DAN
LOK KAWI WILDLIFE PARK

ANJURAN:
PUSAT SUMBER
SK PEKAN TAMPARULI

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Program lawatan ini diada agar pelajar akan terdedah dengan pembelajaran luar bilik darjah. Ini bersesuaian dengan matlamat kerajaan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani dan emosi.
1.2 Program ini secara amnya, telah dapat membantu pelajar lebih terdedah kepada pengetahuan alam sekitar mereka dan dapat diaplikasikan dalam pembelajaran dalam bilik darjah.
1.3 Secara keseluruhannya, aktiviti ini telah berjalan dengan baik dan telah memberi kesan positif terhadap pelajar yang telah menyertainya.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Objektik program ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar berintergrasi dengan dunia luar, disamping dapat mendedahkan kepada mereka aktiviti pembelajaran luar bilik darjah serta memupuk nilai kendiri yang positif.

3.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS

Penasihat : En. Rejoss Bin Moo Tin Siong
Pengerusi : Pn. Jaidah Saidun @ Saidon
Tim. Pengerusi : Pn Narasari Paulus
Setiausaha : Cik Rominah Alik
Bendahari : Pn. Nurul Aqma Azman @ Yatau
AJK Makanan : Pn. Salasiah Amin
Pn. Ayunilawati
AJK Pengangkutan : En. Erwan Amran
AJK Disiplin : Pn. Hjh Noor Azwa Abdullah
AJK Keselamatan/
Kebersihan : Pn. Salehatun saleh
AJK Dokumentasi : En. Wan Suhaidi Wan Chik
Kontigensi : Pn. Narasari paulus Rinsa

4.0 TENTATIF PROGRAM
Tarikh : 03 November 2010 (Rabu)
Tempat : Lok Kawi Wildlife Park dan Universiti Malaysia Sabah
Masa : 7.30 pagi – 4.00 petang

Aturcara Program:
7.00 pagi Guru dan murid berkumpul di bangunan Pusat Sumber, SK. Pekan
Tamparuli
7.15 pagi Taklimat oleh ketua rombongan (Pn. Jaidah Saidun)
7.30 pagi Bertolak ke Lok Kawi Wildlife Park
9.00 pagi Tiba di Lok Kawi Wildlife Park
Aktiviti:
- melawat sekitar zoo
- mencatat nama haiwan
- sesi bergambar
11.00 pagi Makan tengahari
12.00 tgh Bertolak ke Universiti Malaysia Sabah
01.0 tgh Tiba di Universiti Malaysia Sabah
Aktiviti:
- melawat Muzium UMS
- mencatat nama benda-benda penting yang terdapat dalam
Muzium
- sesi bergambar
03.00 ptg Guru dan murid tiba di SK. Pekan Tamparuli
04.00 ptg guru dan murid tiba di SK Pekan Tamparuli

5.0 PENYERTAAN
5.1 Disertai oleh 41 orang murid, 10 orang guru dan 2 orang AKS (senarai nama rujuk lampiran)

6.0 PERBELANJAAN KEWANGAN
6.1 Makan/ minum (sarapan dan makan tengahari) 41 orang
RM 5.00 x 41 = RM205.00
6.2 Pengangkutan
Sewa bas besar RM500.00 x 1 = RM500.00

Jumlah keseluruhan = RM705.00

7.0 PENUTUP
Program ini telah berjaya dijalankan seperti yang dirancang. Diharapkan aktiviti ini akan dapat lagi diadakan pada tahun akan datang.

Saturday, January 22, 2011

Tokoh NILAM 2010

TOKOH NILAM 2010

Adik Muhammad Zahir Bin Abd Latif telah terpilih sebagai Tokoh NILAM sekolah pada tahun 2010. Beliau telah berjaya menjadi Tokoh NILAM peringkat daerah dan peringkat bahagian Kota Kinabalu kategori luar bandar. Semasa Pemilihan Tokoh NILAM peringkat negeri, Muhammad Zahir telah mendapat tempat ketiga dan johan dalam Jejak Maklumat.

Carta Organisasi NILAM 2011

AHLI JAWATANKUASA NILAM PUSAT SUMBER SKPT

PENASIHAT : En.Rejoss Bin Moo Tin Siong (Guru Besar)
PENGERUSI : En.Raylecius Goone (PK 1)
TIM PENG 1 : Pn.Raineh Sawan (PK HEM)
TIM PENG 2 : Pn.Elizabeth Chia (PK KOKUM)
TIM PENG 3 : Pn.Milya Libur (Penyelia Petang)
PENYELARAS : Pn.Jaidah Hj.Saidun
SETIAUSAHA : Pn.Narasari Paulus
KETUA PANITIA : Pn.Felicia Juakim
GURU PERPUSTAKAAN : Cik Rominah Alik (pagi), Pn.Ayunilawati (petang)
GURU RAKAN PEMBACA : Pn.Salehatun Saleh
GURU DATA NILAM : Pn.Azalina (pagi), Pn.Angeline (petang)
AJK : Guru Kelas

NILAM

PROGRAM NILAM...NADI ILMU AMALAN MEMBACA

PENGENALAN
Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.
Merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan (Pengurusan)
Melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah (Aktiviti)
Merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun (Penilaian)

MATLAMAT
Satu strategi untuk menanam minat membaca di kalangan rakyat Malaysia khususnya murid sekolah sehingga wujudnya tabiat membaca dan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.

OBJEKTIF
1. Menjadikan murid banyak membaca ( semua bidang , bahan berkualiti & bukan sahaja
pembacaan yang berorientasikan peperiksaan)

2. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat
membaca ini.

CIRI - CIRI PELAKSANAAN
Rekod Bacaan (buku rekod murid)
Borang Rekod (penilaian guru)
Pengiktirafan (ganjaran ikut tahap)(cth: Tokoh Membaca/ Tokoh NILAM)

TAHAP PELAKSANAAN DAN PENCAPAIAN NILAM
Pelaksanaan Program NILAM ini dibahagikan kepada dua tahap:
1. Tahap Jauhari - membaca banyak buku & direkodkan (bil/ tajuk/ penulis/ringkasan)
2. Rakan Pembaca - sudah membaca 100 buku & jalankan aktiviti pembacaan

NILAM TAHAP JAUHARI
Sekolah Rendah
Murid-murid pada peringkat ini wajib melibatkan diri dengan banyak membaca sebaik sahaja mereka tahu membaca dan mula belajar (Pertengahan Tahun dalam Tahun Satu).
90 - 179 buku - Gangsa
180 - 269 buku - Perak
270 - 359 buku - Emas
360 buku ke atas - NILAM (permata)

Sekolah Menengah
Pelajar pada peringkat menengah pula wajib melibatkan diri dalam aktiviti pembacaan berterusan sebaik sahaja mereka melangkah ke Tingkatan Satu.
72 - 143 buku - Gangsa
144 - 215 buku - Perak
216 - 287 buku - Emas
287 buku ke atas - NILAM (permata)

RAKAN MEMBACA
--> Fasilitator membantu murid membuat pengesanan kemajuan aktiviti yang dijalankan
murid secara formal ( dalam majlis / pertandingan ) atau tidak formal (misalnya kerja
amal / di kelas).
--> Akan dibimbing oleh guru atau fasilitator untuk turut serta di tempat – tempat
aktiviti untuk menjalankan aktiviti RP.
--> Dilatih untuk menjalankan aktiviti pembacaan bersama rakan-rakan di sekolah seperti :
aktiviti bercerita, membaca bersama dan bicara buku.
--> Akan dilatih melalui bengkel dan sesi tunjuk cara yang dirancang untuk menjayakan
aktiviti ini.
--> Pelajar pada tahap Rakan Pembaca ini diberikan pemarkahan usaha mereka mengikut
Jadual Sistem Ganjaran RP

MARKAH PENGIKTIRAFAN
100-199 = Gangsa
200-299 = Perak
300-399 = Emas
400 ke atas = Nilam

AKTIVITI RAKAN PEMBACA
1. Bercerita tentang cerita dari buku yang telah dibaca (rekod) kepada penonton dalam
pertandingan (formal), pelbagai bahasa dalam 5-7 minit.
2. Bercerita secara tidak formal seperti kerja amal utk lencana pengakap di rumah kebajikan
(cth: bedtime stories)
3. Berucap secara tidak formal di dalam kelas (public speaking) semasa proses pengajaran. Cth:
- menerangkan proses kitaran hujan (Sains) hasil dari pembacaan
- menerangkan jalan cerita / watak & tema dari buku sastera yang dibaca
- menerangkan tentang ‘13 Mei’ / gerakan ‘Enlightenment’ (Sejarah)CONTOH AKTIVITI

KIRAAN PEMARKAHAN TAHAP RAKAN PEMBACA
Aktiviti bercerita
1 sesi x 5 pendengar = 5 markah
1 sesi x 100 pendengar = 5 markah

Membaca bersama
1 sesi x 5 pembaca = 5 markah
1 sesi x 10 pembaca = 5 markah

Bicara Buku / Forum Buku / Ulasan Buku
1 sesi x 5 pendengar = 5 markah
1 sesi x 100 pendengar = 5 markah

Meminjamkan buku (t.t. peminjam) -’book swap’
1 buku x 2 peminjam = 2 markah
1 buku x 5 peminjam = 5 markah

STRATEGI PELAKSANAAN

LANGKAH PERTAMA
Wujudkan Jawatankuasa dalam organisasi sekolah, yang mana :
i) Seorang guru perlu dilantik sebagai penyelaras NILAM dalam jawatankuasa PSS (NILAM
adalah aktiviti sekolah), guru2 lain juga adalah guru NILAM.
ii) Guru NILAM bertanggungjawab untuk mengumpulkan data dari semua guru kelas
iii) Menyelaraskan sistem Fail Kuasa NILAM, Fail Pengurusan NILAM
iv) Menganjurkan aktiviti pembacaan (bekerjasama dengan guru lain)

LANGKAH KEDUA
1. Menyediakan bahan bacaan sebanyak mungkin di PSS atau adakan Peti Buku
Bergerak/adakan perkhidmatan menjilid/ pinjaman
2. Menyediakan buku rekod (jual/ riso)

LANGKAH KETIGA
1. Wujudkan satu polisi di sekolah cara mengumpul data NILAM :
- sebulan sekali/ 3 bulan sekali.
- tarikh akhir hantar laporan atau data
- ada laporan ringkas peningkatan.
- bacaan pelajar secara individu / kelas
- ada profil murid pembaca NILAM.
- ada rekod pencapaian jumlah buku ikut subjek – kelas – tingkatan.
2. Galakkan murid membaca di sekolah semasa ketiadaan guru atau pada masa senggang di
rumah
3. Galakkan pemberian token / hadiah apabila murid capai ke satu tahap membaca (cth : SK -
beri sticker pd buku rekod / SM – beri kupon utk tukar hadiah minuman/ T-shirt/cap)
4. Mengadakan kaedah kutipan rekod (cth) :
- guru matapelajaran tanda semasa kelas.
- guru kelas kutip buku rekod / fail pada setiap akhir dua bulan
- buku rekod NILAM simpan di PSS ikut kelas / ruang khas di PSS
- guru beri data kepada penyelaras NILAM
- guru NILAM kumpul data, buat analisis kira statistik & hantar data kepada penyelaras
PSS.

LANGKAH KEEMPAT
1. Belajar & mengajar Teknik Kemahiran Membaca kepada murid
2. Adakan sesi aktiviti membaca dengan Kemahiran Membaca (satu masa khusus dalam PSS /
semasa proses P&P) dan guru tahu masalah membaca

STRATEGI MENJALANKAN AKTIVITI DAN MASA PELAKSANAAN
1. Guru-guru hendaklah memantau aktiviti pembacaan di sekolah misalnya :
- Satu masa membaca di perpustakaan dimuatkan dalam jadual kelas matapelajaran Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris atau bawa buku ke dalam kelas.
- Gunakan masa 1-2 waktu di PSS utk menjalankan aktiviti ‘info-hunt’ (murid cari
maklumat daripada bahan bacaan di PSS).
- Gunakan 10-15 minit semasa P&P untuk membaca teks tentang sesuatu tajuk pelajaran
dan catat sedikit nota (point form) ke dalam rekod, laporan penuh
direkodkan hanya apabila habis satu buku yg dikongsi dalam kelas (rizzo/ berapa helai
seminggu atau tulis di whiteboard)
- Membuat sesi bacaan puisi / poem recital semasa sesi pengajaran sebagai aktiviti Rakan
Pembaca
- Gunakan 10-15 minit utk. Membaca Dengan Kuat (Reading Aloud) dalam P&P
terutamanya dalam pelajaran B.I, Arab,agama atau satu aktiviti formal
- Utk m.pelajaran lain spt Sejarah / Kimia/ Sains, galakkan tugasan folio & catatkan
ringkasan ttg. buku rujukan utk tugasan.

CONTOH AKTIVITI MEMBACA
Ø Projek Pukal
Ø Projek Iqra’
Ø Forum Buku (tajuk/ diskusi ttg tema dll)
Ø Khemah Membaca (pelbagai aktiviti)
Ø Bacaan Kegemaran Saya
Ø Kuiz Bestari (uji I.Q, Pengetahuan Am)
Ø Ulasan buku (secara menulis/lisan)
Ø Projek Cakna
Ø Peti Buku Bergerak (bawa buku ke kelas)
Ø Rantai Buku (sambung cerita)

LANGKAH KELIMA
1. Mengadakan Promosi Galakan Membaca
- Menampal poster NILAM / buat brosur NILAM di PSS & beri pada hari PIBG
- Kempen beli buku terpakai / derma buku semasa Bulan Membaca/ Minggu PSS / Hari
Kantin / Mesy. PIBG
- Adakan Kelab Buku Sekolah / PSS & dapatkan diskaun buku
- Galakkan pemberian hadiah / anugerah kepada guru :
- mencapai rekod mengumpul data NILAM terlengkap.
- data murid menghantar ‘rekod bacaan’ NILAM teramai.
(dinner/ hi-tea for 2 / hadiah barangan elektrik semasa jamuan tahunan)

LANGKAH KEENAM (GANJARAN)
Ø Skor markah rekod bacaan murid akan dimasukkan ke dalam Buku Rekod Kemajuan
Murid pada setiap akhir tahun.
Ø Markah Rekod bacaan ini dikira dari jangkamasa 6 tahun persekolahan peringkat Rendah
dan 5 tahun persekolahan peringkat Menengah.
Ø Markah Rekod Bacaan ini akan dimasukkan ke dalam Sijil Berhenti apabila pelajar
menamatkan persekolahannya.
Ø Pihak sekolah juga wajar memberikan surat sokongan kepada pelajar yang layak
menerimanya.
Ø Pelajar yang telah mencapai rekod bacaan tertinggi di peringkat kebangsaan akan diberi
Anugerah NILAM.

FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DIBERI PENEKANAN
Ø Penyediaan koleksi bahan-bahan bacaan pusat sumber.
Ø Sokongan pihak pentadbir sekolah (pemantauan & kewangan)
Ø Penglibatan ibubapa/ PIBG/ Y.B/JPN
Ø Sponsor / sumbangan syarikat, NGO

Thursday, January 20, 2011

Penilaian Anugerah PSS Bahagian Kota Kinabalu

PENILAIAN ANUGERAH PSS BAHAGIAN KOTA KINABALU 2011
Tahun ini PSS SKPT terpilih untuk mewakili daerah dalam pertandingan PSS peringkat Zon Kota Kinabalu. Selama 2minggu guru-guru bekerjasama membuat persiapan. Terimakasih kepada semua guru yang terlibat. Tarikh penilaian pada 18 Januari 2011.

Gambar-gambar dalam dan luar PSS

Buku Pelawat

Banner Visi, Misi, Matlamat PSS

Papan Jadual Penggunaan PSS

Tunjuk Arah Anjung Ilmu

Tunjuk Arah Pusat Sumber

Ruang Bacaan

 Carta






Pameran Bertema Tahun Baru Cina
 Meja Bermaklumat

 Meja Big Book

 Sudut Koleksi Majalah

 Carta Organisasi

 Ruang Rehat

 Dinding Ruang Rehat

 Sudut Risalah

 Kaunter

 Kaunter

Ruang Bacaan

Sudut Pameran Budaya

Kampus Astro

 Sudut 'Rekreasi Minda'

Rak Borang NILAM

Sudut 'NILAM'

Sudut 'NILAM'

VISI DAN MISI

    VISI

Membudayakan Teknologi Pendidikan Selaras Dengan Falsafah Pendidikan Negara.

     MISI
Menjadikan Pusat Sumber Sekolah Pusat Penebaran Ilmu Dan maklumat

Wednesday, January 19, 2011

SEJARAH PENUBUHAN PUSAT SUMBER

Pusat sumber sekolah ini telah diwujudkan kira-kira pada tahun 1980 an.  Pada mulanya, ia dikenali sebagai perpustakaan sekolah dan kini telah ditukarkan ke Pusat Sumber Sekolah (PSS) sesuai dengan saranan Bahagian Teknologi Pendidikan untuk meluaskan lagi fungsinya.   

Antara pencapaian  terbaik  pusat sumber ini adalah menjadi:
·          Pusat Sumber Harapan peringkat Daerah Tamparuli pada tahun 2005
·         Pusat Sumber Cemerlang peringkat Daerah Tamparuli tahun 2006
·          Tempat ketiga Pusat Sumber Cemerlang peringkat negeri pada tahun 2006.
     
     Dari segi sumber manusia, terdapat seorang guru perpustakaan dan media sepenuh masa dibantu oleh 4 orang pembantu guru PSS serta 28 orang pengawas yang dilantik dikalangan pelajar tahun 3 hingga 6.
      Pelanggan utama adalah pelajar, guru dan kakitangan bukan mengajar di sekolah ini sahaja.